Monday 27 June 2011

Lama tak jengguk Almari Bonda....

Oleh kerana sibuk dengan tempahan orang sana sini, kek itu ini, kuih sana sini, dah tertangguh pulak nak jenggah2 almari bonda ni...sekarang ni kira ada la senang sikit leh la N3 apa yg patut....meh layan Chilled Strawberry Double Cheese Cake yg menggiurkan....

Tara....amacam? tergoda dan menggoda tak? Cheese cake telah ditempah oleh seorang rakan facebook, dia ni memang sukaaaa sesangat makan ciskek, double camni pun dia la yg requestnya, kalau tak, tidak la jadi guper ini, tapi gigil la jugak kepala lutut nak buatnya, sbb x pernah diorder oleh org lain dan x pernah buat pesen yg camni, apa pun meh layan resepinya.....

Strawberry Double Cheese Cake
Sumber : Internet dan diolah oleh AB

Bahan-bahan Dasar Kek:-
200gm biskut marie (plain)
150gm mentega - dicairkan
50gm badam cincang - digoreng tanpa minyak
50gm oat - digoreng tanpa minyak
**Kisar halus biskut marie, tuangkan dlm mangkuk dan campurkan badam cincang, oat, mentega cair dan gaulkan hingga sebati, tekan padat dalam loyang yg berukuran 9", sejukkan dalam peti ais selama 20minit.
Tutup loyang dengan aluminium foil.

Bahan-bahan Isian kek:-
500gm cream cheese Philadelphia
80gm gula kastor

60gm tepung gandum
6 biji kuning telur (grand B)
300gm Yogurt asli (Dutch Lady)

6 biji putih telur (grand B)
120gm gula kastor

1 mangkuk strawberry filling (ada dijual dibakeri, mangkuk sederhana pun ok dah...)

1. Putar cream cheese hingga ringan, masukkan gula kastor dan putar lagi sehingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil diputar hingga sebati.
4. Tambahkan yogurt asli dan putar lagi hingga adunan cheese licin - ketepikan
5. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kembang bertanduk, masukkan gula dan putar lagi hingga kental. Masukkan ia ke dalam adunan cheese tadi dan dikaup balik sampai licin dan tidak berketul.
6. Keluarkan loyang tadi dan sapukan dengan sedikit strawberry filling ke atas dasar biskut marie tadi, kemudian tuangkan adunan cream cheese.
7. Bakar pada suhu 160 darjah didalam dulang yg berisi air (kaedah bain marie) selamat 45minit atau sehingga masak.
8. Bila sudah masak bukak pintu oven sedikit agar kek tidak turun mendadak dan biarkan kek tersebut dalam oven sekejap.
9. Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk, simpan dalam peti sejuk selama semalaman.

Bahan-bahan aduna top layer (cheese):-
250gm cream cheese Philadelphia
200gm whipping cream
1/2 tsp lemon paste
1 1/2 tbsp gelatin
100ml air panas
60gm gula kastor

Hiasan : Buah starwberry - potong dadu dlm beberapa biji

1. Kacau gelatin dengan air panas tadi secara double boiler hingga gelatin hancur.
2. Putar cream cheese dengan gula kastor hingga berkrim dan ringan, masukkan gelatin, lemon paste dan putar lagi.
3. Dalam bekas yang lain putar whipping cream hingga berkrim. Campurkan whipping cream ke dalam adunan cheese tadi dan kaup balikkan. Campurkan buah strawberry yg telah dipotong dadu dan kaup balik agar rata dalam adunan cheese.
4. Keluarkan loyang kek dan garukan sedikit kek dan tuangkan adunan kedalam loyang tersebut. Sejukkan dalam peti ais semalaman lagi.

No comments:

Post a Comment