Monday 27 June 2011

Selera Laksa - Laksa Johor (Anak Johor la katakan...)

Teragak pulak kat laksa, memandangkan AB ni anak jati Johor, maka buatla Laksa Johor, bahan sampingan tu ikut la suka kita nak letak apa, ayam goreng berempah ke....telur goreng ke...tp AB letak telur rebus, kalau resepi asal betul2 pior punya laksa johor tak ada la telur rebus kan? tapi anak2 request kita buat laa, jgn lak ada yg komplen itu ini sbb lain padang lain belalang, lain cikgu lain la caranya....




 
LAKSA JOHOR
SUMBER : ALMARI BONDA

Bahan-bahannya:-
1 bungkus laksa panjang atau spaghetti - direbus hingga lembut
400gm ikan kembung + 100gm ikan tenggiri - direbus, ambik isinya dan dikisar
Anggaran Udang hidup - dikisar
Anggaran Ikan kurau kering - dikisar
40gm udang kering - direndam dan dikisar
2 liter santan daripada 2 biji kelapa
Minyak tuk menumis
Air asam jawa

Bahan Pesnya:-
2 tbsp ketumbar biji - ditumbuk halus
1 tbsp jintan manis - ditumbukhalus
2 tbsp serbuk kari daging
2 tbsp serbuk cili

Bahan Kisar:-
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 tsp lada hitam
Sedikit daun kesum

Bahan Sampingan lain (ikut la suka masing2)
Anggaran kacang panjan- dihiris halus (jgn la halus sgt berkecai lak)
Anggaran taugeh
Anggaran daun kesum - hiris
Anggaran bunga kantan - dihiris
Anggaran lebak asin (ala..beli jer yg dah siap bikin senang cite)
beberapa biji telur - direbus
Beberapa biji limau kasturi - dibelah dua
Cili merah dan cili hijau - potong serong
2 labu bawang besar - dihiris
1 biji timun - dipotong nipis memanjang (yg ni susah aku nak cite camne, mai kursus la kalu x tau)
Sedikit sambal belac(perh ni wajib)

Cara memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga berbau harum
2. Masukkan bahan pes dan kacau sehingga terbit minyaknya
3. Masukkan santan dan kacau perlahan
4. Masukkan isi ikan, udang kering, isi udang hidup, isi ikan kurau dan air asam jawa.
5. Kacau selalu agar tidak melekat bawah periuk, nanti rentung lakkk
6. Perasakan dengna garam dan buh sedikit gula sebagai pemangkin, biarkan mendidih dengna api yg perlahan (renehkan)
7. Bersiap sedia tuk hidangan dan seranggggg

Kek Besday untuk diri sendiri, kesiankan...buat untuk diri sendiri.....

Nak tayang kek besday tuk diri sendiri, sendiri buat tau bukan orang lain buat tuk kita jugak bukan kedai bikin punya, sajer jer nak mencuba kek ni, walau tak secantik dan tak seindah mana gupernya tapi rasanya boleh la tahan sekejap jer dah licin kooo tinggal papan kek jer ahak. kek ni skodeng resepi dari seorang rakan facebook jugak namanya Puteri Manja dari Woodlands Singapore, terima kasih Puteri Manja diatas kek yang sedap dan mengancam ni. Meh tengok2 resepi dari Puteri Manja ni, izin kongsi yer Puteri Manja...







Nama kek ini Chocolate Mousse Brownies, mari2 baca resepi pastu ada yg teringin mari pakat ramai2 buat yerrr....

Bahan-bahan Brownies (AB dah gandakan bahan2 nie):-
180gm butter
260gm gula kastor
4 biji telur (grand B)
200gm tepung gandum
1 tsp baking powder
4 tbsp serbuk koko

1. Sediakan 2 loyang satu loyang ring 9" dan satu loyang 10" untuk letak loyang ring 9" kedalam, ini untuk memudahkan proses menggeluarkan kek bila sudah masak nanti.

2. Pukul butter dan gula kastor hingga adunan menjadi putih dan kembang.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang.

4. Masukkan tepung, baking powder dan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan dalam loyang bakar selama 15 minit atau sehingga masak dengan suhu 190 darjah Celsius.

5. Sapukan butter pada loyang ring tadi dan tuangkan adunan dan bakar dalam oven. Bila kek dah masak keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk. Keluarkan kek dan letakkkan diatas papan kek dan masukkan balik loyang ring keatas papan kek.
Bahan-bahan chocolate mousse (tak perlu digandakan) :-
140gm coklat masakan
1 tbsp gelatin
100ml air
2 biji putih telur
200gm whipping cream
40gm gula kastor

1. Masukkan gelatin kedalam bekas yang mengandungi air 100ml dan biarkan gelatin itu hancur secara semulajadi.

2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler, masukkan cairan gelatin tadi kedalam coklat sambil dikacau hingga gelatin sebati dengan coklat tadi dan ketepikan.

3. Pukul putih telur hingga bertanduk, masukkan gula kastor dan pukul sehingga sebati.

4. Tuangkan dalam loyang brownies tadi dan simpan dalam peti ais hingga keras atau lebih sedap semalaman.

5. Keluarkan kek dari loyang dan hiasakan mengikut citarasa masing-masing dan ayakkan dengan serbuk koko diatas kek tersebut.

Lama tak jengguk Almari Bonda....

Oleh kerana sibuk dengan tempahan orang sana sini, kek itu ini, kuih sana sini, dah tertangguh pulak nak jenggah2 almari bonda ni...sekarang ni kira ada la senang sikit leh la N3 apa yg patut....meh layan Chilled Strawberry Double Cheese Cake yg menggiurkan....

Tara....amacam? tergoda dan menggoda tak? Cheese cake telah ditempah oleh seorang rakan facebook, dia ni memang sukaaaa sesangat makan ciskek, double camni pun dia la yg requestnya, kalau tak, tidak la jadi guper ini, tapi gigil la jugak kepala lutut nak buatnya, sbb x pernah diorder oleh org lain dan x pernah buat pesen yg camni, apa pun meh layan resepinya.....

Strawberry Double Cheese Cake
Sumber : Internet dan diolah oleh AB

Bahan-bahan Dasar Kek:-
200gm biskut marie (plain)
150gm mentega - dicairkan
50gm badam cincang - digoreng tanpa minyak
50gm oat - digoreng tanpa minyak
**Kisar halus biskut marie, tuangkan dlm mangkuk dan campurkan badam cincang, oat, mentega cair dan gaulkan hingga sebati, tekan padat dalam loyang yg berukuran 9", sejukkan dalam peti ais selama 20minit.
Tutup loyang dengan aluminium foil.

Bahan-bahan Isian kek:-
500gm cream cheese Philadelphia
80gm gula kastor

60gm tepung gandum
6 biji kuning telur (grand B)
300gm Yogurt asli (Dutch Lady)

6 biji putih telur (grand B)
120gm gula kastor

1 mangkuk strawberry filling (ada dijual dibakeri, mangkuk sederhana pun ok dah...)

1. Putar cream cheese hingga ringan, masukkan gula kastor dan putar lagi sehingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil diputar hingga sebati.
4. Tambahkan yogurt asli dan putar lagi hingga adunan cheese licin - ketepikan
5. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kembang bertanduk, masukkan gula dan putar lagi hingga kental. Masukkan ia ke dalam adunan cheese tadi dan dikaup balik sampai licin dan tidak berketul.
6. Keluarkan loyang tadi dan sapukan dengan sedikit strawberry filling ke atas dasar biskut marie tadi, kemudian tuangkan adunan cream cheese.
7. Bakar pada suhu 160 darjah didalam dulang yg berisi air (kaedah bain marie) selamat 45minit atau sehingga masak.
8. Bila sudah masak bukak pintu oven sedikit agar kek tidak turun mendadak dan biarkan kek tersebut dalam oven sekejap.
9. Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk, simpan dalam peti sejuk selama semalaman.

Bahan-bahan aduna top layer (cheese):-
250gm cream cheese Philadelphia
200gm whipping cream
1/2 tsp lemon paste
1 1/2 tbsp gelatin
100ml air panas
60gm gula kastor

Hiasan : Buah starwberry - potong dadu dlm beberapa biji

1. Kacau gelatin dengan air panas tadi secara double boiler hingga gelatin hancur.
2. Putar cream cheese dengan gula kastor hingga berkrim dan ringan, masukkan gelatin, lemon paste dan putar lagi.
3. Dalam bekas yang lain putar whipping cream hingga berkrim. Campurkan whipping cream ke dalam adunan cheese tadi dan kaup balikkan. Campurkan buah strawberry yg telah dipotong dadu dan kaup balik agar rata dalam adunan cheese.
4. Keluarkan loyang kek dan garukan sedikit kek dan tuangkan adunan kedalam loyang tersebut. Sejukkan dalam peti ais semalaman lagi.

Thursday 23 June 2011

Tepung Bawang atau Karipap


Semua orang kenal benor dengan kuih ni kan...panggilan sekarang karipap, panggilan pada sekitar 80an dulu lebih dikenali sebagai tepung bawang, namun panggilan tepung bawang ni semakin pupus sebutannya dibibir-bibir penggemar kuih2 melayu ni, kini, dibangkitkan semula namanya agar anak-anak zaman wawasan ni kenal nama kuih dahulu ni digelar apa....meh kita tengok resepinya, biasa la resepi ni semua orang tahu....

Bahan-bahannya:-
500gm tepung gandum - diayak
130ml minyak masak - dipanaskan sebentar
sedikit garam
Air secukupnya untuk mengguli

1. Didalam mangkuk masukkan air dan garam, ketepikan
2. Dalam bekas satukan tepung gandum curahkan minyak masak yang telah dipanaskan tadi dan digaul rata hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan air garam tadi sedikit demi sedikit sampai doh menjadi lembut dan ketepikan.

Bahan Inti:-
Dada ayam - dipotong kuib
Keledek merah / kentang - dikukus hingga lembut
1 paket kecil rempah kari ayam / daging
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Daun bawang dan daun sup / saderi
Minyak untuk menumis

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia bersama
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan biar masak sampai terbit minyak.
4. Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu, tambah air jika perlu dan masak ayam hingga sedikit empuk.
5. Masukkan kentang / keledek yang telah dikukus tadi dan biarkan sedikit masak.
6. Perasakan dengna garam dan tambah sedikit gula sebagai pemangkin.
7. Taburkan daun sup / saderi dan daun bawang kedalam inti tadi dan padamkan api.

Bolehlah dibuat mengikut kesukaan masing-masing, nak bulat ke, bujur ke, segi-segi ke...

Sunday 19 June 2011

Kole Kacang


Resepi Kole Kacang
Sumber : Almari Bonda

Bahan-bahannya
500gm Tepung Kacang Hijau
9 cawan santan 
** Cara AB : 4 kotak santan cap KARA atau Ayam Brand, 5 cawan santan cair dari kotak santan tersebut
2 cawan air gula merah
** Cara AB : Gula merah 1 1/2 cawan dan air 2 cawan dididihkan, tunggu sejuk tapis, kalu x tapis segala batu bata dan mak2 pasir seme ada, kunyah koleh kacang ada yg terpelanting gigi.
2 cawan gula pasir
Cara-caranya cam gini
1. Gaul semua sekali supaya tepung tidak berketul, kalu nak lebih selamat tapiskan adunan.
2. Masukkan dalam kuali dan dikacau atas api yg sederhana hingga pekat dan berkilat. 
3. Bila dah berkilat (bukan kilat yg mancar memancar tau!) time tgh panas2 tu tuangkan dalam loyang bersize 12" x 12" x 2" pastu taburkan tahi minyaknya. (jap gi AB nak cite camne nak kasik dia berkilat yg bukan memanco-manco dan camne gaya nak buat tahi minyak. Sabo2 yehh).
4. Tekan2 kasik mampat kole kacang tu...jgn ko rg ganas lak yer...

Tahi Minyak
2 Biji kelapa 
2 cawan air
** Masak santan dalam kuali dengan api yang kuat, bila dah memdidih perlahankan api (sederhana laa kiranya tu...) sambil dikacau selalu, sampai ia bertukar menjadi bebiji dan warna kecoklatan sedikit, tahi minyak ni akan mengeluarkan minyak. Tapiskan dalam mangkuk dan ketepikan. INGAT! (wah ganas AB nih) minyak dari tahi minyak jgn dibuang. 
** Aaaa tina masa camne nak cite pasal kole kacang tu nak berkilat...bila kole kacang tu dah meletup letup (rilek jgn takut) masukkan minyak dari tahi minyak tadi sambil dikacau kole kacang tu kalu tidak kang hangit satu rumah. Akan nampak nanti kilatnya. Kalau boleh tinggalkan anggaran dalam 1 sudu besar tahi minyak tu yerr untuk kita lekapkan minyak ni masa kita taburkan tahi minyak atas kole kacang tu, kira akan nampak laa kilat2 kole kacang tu tak la keringgggg jekkk. PAHAM? x ngerti tanya cikgu yerrr

Kuih Kaswi Surabaya


Kaswi Surabaya ni buatnya dah lama, lama pun x laa berbulan kira baru la gakkk, disebabkan Almari Bonda ni tak tahu nak buat blog makan simpan la lama2, dah, dah, jgn tulis banyak2 meh kita tengok resepi kuih ni camne nak bikin yer...resepi dari Chef Fauziah (Chef kesayanganku nie....TQ Chef lama kita tak jumpa kann kannn)

KASWI SURABAYA
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan gula merah
1 tsp kapur makan
1 tbsp kicap pekat soya
6 cawan air

** Biasa gula merah ni ada batu pasir kalu beli yg timbang punyakan....jd ko org wat cam gini, amek gula merah dlm 1 1/2 cawan pastu buh air dlm 1 1/2 cawan gak ala....ko org pandai2 la yer...didihkan agar gula hancur berkecai dan biar dia suam2 kuku baru buh dlm adunan yer, nak cite panjang bebenor, ni pun dah kira panjang berjela, kang ko org pening2 lalat, Almari Bonda lg pening....hahahaha....

- Satukan semua bahan2 diatas dan masak hingga naik wap dan kukus selama 1 1/2 jam. Loyang tu ko org jgn lupa sapukan sikit minyak tak ler melekat nanti yerrr....
- Kelapa parut putih tambah sikit garam dan kukus...berapa minit? jgn ler lelama bebenor ada rentung seme kang....huhuhuuuu

Kelas Kek Pada 18/06/2011


 Buat pertama kali Almari Bonda bukak kelas tuk ibu-ibu kat kem TUDM, atas permintaan Almari Bonda pun bukak laa kelas tuk mereka, bukan men seronok ibu2 ni belajar, cikgu pun rasa seronok gak, bukan sbb duit masyukk tp rasa gumbira sbb ada sambutan dan keinginan belajar kat ibu2 ni.....len kali kita wat len lak yerrr...kek yang dibuat oleh ibu2 ni Pandan Butter Kek dan Kek Alunan Kasih.